TIPS UNTUK MENJAGA HATI.
# perubahan hidup bermula daripada perubahan diri, perubahan diri bermula daripada perubahan hati.
# nikmati hidup dengan melakukan apa yang disukai oleh hati tetapi ingat jangan hidup ikut suka hati.
# hati perlukan kreativiti kerana fitrah hati manusia ada rasa yang bernama "bosan". kita juga memerlukan kreativiti dalam mendidik dan mengendalikan hati.
# hati boleh diumpamakan seperti bumi..bumi mati dan gersang tanpa air
sirami hati kita dengan air akidah, takwa, iman dan ilmu.
# latih hati untuk mudah melakukan ibadat dan lindungi hati daripada rasa payah untuk beribadat..,
elakkan perkara-perkara yang membuatkan hati merasakan ibadat sebagai sesuatu yang berat
dan payah.
# lindungi hati dengan benteng ilmu. hati yang berilmu tidak mudah diserang perasaan ragu dan was-was.
# latih hati agar selalu bermotivasi untuk menjalani kehidupan dengan gigih dan supaya selalu membuat kita menjadi rajin. lindungilah hati daripada perasaan malas, gelisah, tidak bermotivasi, hilang fokus, tidak bersemangat, dan berputus asa.
# kita perlu meluahkan perasaan dalam bentuk tutur kata agar kita tidak makan hati. namun berhati
-hati ketika melafazkan tutur kata agar tidak ada orang yang berkecil hati.
# orang yang dapat menjaga hati orang lain, belum tentu hatinya dijaga oleh orang lain. orang yang tidak
dapat menjaga hati sendiri, sudah pasti tidak dapat menjaga hati orang lain. orang yang dapat menjaga hati
sendiri, insyaallah dapat menjaga hati orang lain.
# ketika hati sedih, kita perlu memilih. pilihlah untuk senyum walaupun kita memiliki sebab untuk muram.
pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu. pilihlah untuk sabar dan redha walaupun
kita ada alasan untuk kecewa.
# hati ibarat pelita minyak tanah.
kita perlu selalu menyalakan pelita hati agar hati dapat menyuluh jalan hidup ini.
# doa adalah permintaan hati. kadang-kadang lidah tidak berjaya untuk meluahkan setepat-tepatnya
tentanng permintaan hati. maka, berdoalah dari hati yang pasti dan mengerti akan apa yang kita pohonkan dalam doa-doa kita.
#renung-renungkanlah..=)
No comments:
Post a Comment