Doa Penerang Hati & Memulakan
Bacaan..
--"Ya Allah, bukakanlah ke atas
kami hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, Wahai Tuhan Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan
luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah
urusanku."
(Q.S Ali Imran : ayat 8)
--"Wahai Tuhan kami, janganlah
Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan
kurniakanlah kepada kami rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
(H.R Bukhari & Muslim)
--"Dan ketahuilah bahawa dalam
setiap tubuh itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik, baiklah seluruh tubuh
itu. Dan sekiranya ia tidak baik, tidak baiklah seluruh tubuh itu. Itulah hati.
Imam Ghazali membahagikan hati kepada 3
jenis:-
Qalbun Sahih (hati yang sihat)
Qalbun Maridh (hati yang sakit)
Qalbun Mayyit (hati yang mati)
(Q.S Al - Zumar : ayat 22)
--"Maka, kecelakaan besarlah bagi
orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang di beri oleh
Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.
(H.R Baihaqi)
--Daripada Nabi S.A.W.
--"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat seperti bese yang dirosakkan air." Kemudian seorang sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah cara untuk menjadikan hati bersinar kembali?" Rasulullah menjawab : "dengan selalu mengingati mati dan membaca Al-Quran.
(H.R. Muslim & Tabrani)
--"Sesungguhnya, Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang bertakwa di kalangan kamu.
(H.R Ibnu Majah)
--Siapakah manusia yang terbaik?
Baginda menjawab : "Orang Mukmin yang bersih hatinya." kemudian Baginda ditanya lagi :
"Siapakah orang Mukmin yang hatinya bersih? Lantas Baginda pun menjawab : "iaitu orang
yang takwa, hatinya bersih, tidak melakukan kederhakaan dan pengkhianatan terhadap Allah, tidak berdendam dan mendengki kepada orang lain."
# sekadar untuk dikongsikan bersama, renung-renungkanlah wahai sahabat..=)
No comments:
Post a Comment