Bertudung
bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita
Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat semakin
berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai warna yang lebih
menawan untuk digayakan.
Ramai
yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan
dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.
Ikuti beberapa tips ini mengenai cara
dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:
Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi
mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan
menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan
menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat.
Pilihan tudung yang tepat
Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat
melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda
untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana
mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen
barulah anda memilih untuk bertudung.
Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga
menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi
aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju
agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat.
Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga,
jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang
dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar.
Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan
leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim
adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak
mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih
boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai.
Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di
atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat
sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang
fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di
tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh
menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.
Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian
tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan
penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut
garis panduan yang telah ditetapkan.
SEMOGA IBADAH KITA DIREDHAI OLEH-NYA..=)
#sumber:googlesearch.
.jpg)
.jpg)